Wednesday, July 17, 2013

Resepi Kesihatan Untuk Makanan dan Minuman

Dsc00814 

 

Rasum (sup india)

masakan turun temurun..sesuai untuk membuang angin dalam badan 


 

Bahan-bahan ( 5-10 orang )

  • BAHAN A BAHAN B 2 biji bawang besar (dipotong bulat) air asam jawa
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 1/2 sudu besar jintan putih
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 biji cili kering
  • 2 biji tomata
  • BAHAN B
  • 2 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • air asam jawa

Cara-cara

  1. tumbuk bahan A, bagi bawang putih dan tomata jgn lumat sgt. tumis bahan A hingga naik bau. kemudian masukan bahan B. tambah garam secukup rasa. pastikan rasanya seimbang antara asam dan garam. tunggu mendidih dan hidangkan. 
 Perlukan resepi supaya menu diet anda tak membosankan? di sini saya sertakan beberapa resepi jus diet yang menyihatkan dan membantu anda kekal langsing.

 Jus Diet 1 - Jus Yogurt

cilok from : http://petua-hidup-sihat.blogspot.com/

 Jus yang sangat mudah untuk anda sediakan. Sesuai untuk pelangsingan badan


bahan-bahannya:

1 cawan yogurt asli
setengah cawan air
sedikit ais (jika anda sukakan dalam keadaan sejuk)
1 sudu kecil gula
sedikit garam

Cara Penyediaan: campurkan kesemua bahan di atas dan kisar sehingga terhasil jus campuran yogurt yang sedap diminum. mudah kan?

  Jus Diet 2 - Jus Tembikai

Bahan-bahannya:


2 cawan tembikai yang dicincang kasar
1 scoop tembikai (boleh gunakan scoop aiskrim)
setengah sudu serbuk halia
daun pudina sebagai hiasan

Cara penyediaan:
campurkan 2 cawan tembikai bersama serbuk halia dan kisar untuk mendapatkan jusnya. letakkan scoop tembikai ke dalam gelas. kemudian, baru tuangkan jus tembikai yang telah diksar tadi. hiaskan dengan daun pudina di atasnya.

Jus Diet 3 - Green Delight

Bahan-bahannya:


500gram anggur hijau
2 biji buah kiwi (buang kulitnya)

Cara penyediaan:
Masukkan buah-buahan tersebutke dalam pengisar untuk mendapatkan jusnya. Tambahkan dengan hirisan kiwi sebagai hiasan.

Selamat Mencuba! inilah antara tips-tips untuk melangsingkan badan secara sihat.

Monday, July 15, 2013

Gambar-Gambar Lawak Kelakar Gila Lucu Geli Hati


 Gambar hasil cilok2 dari blog2 kekawan, mohon halal :)

 

Kompom baik masuk ni, kehkehkeh



Malang benorr, kesian nama tokay tu da memang BAKAR



Kang pak cik yang taruk memo ni yang lobam, hahaha
 


Sia2 jew mau jatuh, tunggu time jatuh je ni
 

Kejam permintaan saudara kita ni, terase den.. kahkahkah
 

Sampai macam tue sekali duduk ea, melampau
 


 Nie kompom kelantan, xde tempat lain dahh
 

 Cuba tengok kereta yang kecik cute tu, nak jugak berkawan dengan org kaya2, hahaha




Takut aku tengok papan tanda ni... hahaha
 

Bapak arr kejam

Sunday, July 14, 2013

Santai Minda - Lawak Gila Guling-Guling

Tujupakale


Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)


Kementerian Kesihatan menyasarkan 400 hingga 500 pengusaha Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) akan menyertai skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) tahun ini selepas pelancarannya, semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MeSTI adalah skim keselamatan makanan yang direka khusus untuk membantu pengusaha PKS mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan.
“Dengan adanya skim ini, lebih mudah untuk PKS mendapatkan sijil bagi menjamin dan meningkatkan mutu makanan agar lebih berdaya saing bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga di pasaran antarabangsa.

“Kementerian juga akan mempromosikan skim dan logo MeSTI sebagai jenama berwibawa bagi meyakinkan pengguna terhadap tahap kebersihan dan keselamatan produk makanan,” katanya majlis pelancaran skim itu di Kuala Lumpur.
Sejak skim itu dibangunkan Julai lalu, sebanyak 337 PKS dalam industri makanan telah memperoleh sijil halal MeSTI.

Tiong Lai menambah, skim itu juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk PKS meningkatkan sistem jaminan keselamatan makanan kepada tahap yang memenuhi piawaian antarabangsa seperti pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) atau Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

“Kita juga telah perkenalkan Peraturan Keselamatan Makanan 2009 untuk memastikan sistem kawalan keselamatan makanan negara berada di tahap tinggi selaras perkembangan global. Peraturan ini merangkumi kawalan kebersihan premis, pemprosesan makanan dan kebolehkesanan makanan bagi memudahkan penarikan semula makanan berisiko,” katanya.

Skim MeSTI melibatkan kerjasama dengan program pensijilan agensi lain seperti skim 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Skim Halal oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan skim Penyenaraian Persaingan KPS  Untuk Perkembangan oleh SME Corporation Malaysia.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Kami dengan bangganya turut menguar-uarkan bahawa pihak syarikat Al-Tasneem Sinar Sdn Bhd turut mendapat sijil MeSTI ini. Jadi tiada alasan untuk was-was dalam menggunakan produk kami yang berada dibawah jenama ANGKASAA.

*Produk minuman buah-buahan yang akan datang dalam 3 variasi rasa iaitu, cantaloupe (tembikai susu), orange, dan strawberry akan berada dalam pasaran tidak lama sahaja lagi... TUNGGUUU

 

Thursday, July 11, 2013

Khasiat Gula - Khususnya Gula Batu

DALAM BURUK ADA BAIKNYA


BIASANYA gula hanya dikaitkan dengan penyebab pelbagai jenis penyakit terutama diabetes. Namun tidak ramai yang mengetahui gula juga mempunyai manfaat tersendiri.

Bukan dari segi penggunaan dalam makanan atau minuman, kerana jika terlebih kandungan, ia pasti memudaratkan.

Perlu diingat, gula tidak mengandung vitamin, serat dan hanya mengandungi sejumlah kecil mineral.


Kandungan kalori pula cukup banyak, sekitar 394 kkal dalam 100 gram bahan. Boleh dikatakan gula langsung tiada nutrisi kerana semua bahan yang bernilai seperti vitamin, mineral dan sebagainya hilang selama proses penghasilan gula putih.


Dalam dunia kecantikan, penggunaan gula telah lama dipraktikkan masyarakat dahulu kala sebagai salah satu rawatan alami. Gula boleh diolah menjadi aneka produk kecantikan khususnya untuk melembutkan kulit. Dikatakan ia mengandungi zat pelembut yang mampu menghilangkan sel-sel kulit mati.


Masyarakat Romania misalnya menggunakan campuran madu, gula dan susu untuk merawat kulit. Caranya adalah dengan mencampurkan bahan tadi dan kemudian ia dilumur pada tubuh. Selepas kering ia disental lalu dibilas dengan air.


Wanita Mesir purba pula menggunakan campuran gula organik dan lemon untuk dijadikan penyental bagi mendapatkan kulit yang halus dan putih.


Dalam perubatan Cina pula, gula batu banyak dicampur dalam minuman herba yang baik untuk kesihatan. Ia dikatakan bermanfaat membantu membuang panas badan dan juga melegakan batuk serta kahak.


Cubalah sendiri, pasti anda menyedari manfaat gula dalam kehidupan sehari! 

 
AIR SARANG BURUNG -GULA BATU
RM 4.00 SEBOTOL

PATI SARANG BURUNG - GULA BATU
RM 45.00 SEKOTAK

Khasiat Pemanis Semulajadi Stevia

  STEVIA MEDIUM PENGAWAL KENCING MANIS

Herba Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba yang agak baru di Malaysia biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis.

Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan
herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Bagaimanapun Stevia kini mula mencuri tumpuan orang ramai apabila khasiatnya sebagai pemanis yang
sesuai di ambil pesakit kencing manis heboh diperkatakan dan sangat berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.
Herba Stevia merawat kencing manis
Pokok Herba Stevia

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

Herba Stevia adalah pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.


Selain itu ,
Herba Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A.
Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.
Bahan pemanis semulajadi ini memang sesuai untuk pengidap kencing manis.

  Antara ciri-ciri Stevia ialah:

1.Pemanis Semulajadi
2.Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah.
3.Melawaskan Kencing
4.Menurunkan Tekanan Darah.
5.Membunuh Bakteria
6.Membunuh Kulat
7.Membunuh Virus
8.Mengurangkan Keradangan
9.Alat Bantu Untuk Menurunkan Berat Badan.

Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan Stevia ini 1/4 sudu makan daunnya yang telah dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

AIR SARANG BURUNG - STEVIA
RM 4.50 SEBOTOL


PATI SARANG BURUNG - STEVIA
RM 45.00 SEKOTAK


Halfest 2013, Pusat Pameran MINES (MIECC) Seri Kembangan, Selangor

PUSAT KONVENSYEN DAN PAMERAN ANTARABANGSA MINES (MIECC)
 
Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) mempunyai kemudahan yang hebat dan ruang pameran yang besar dan selesa.

Kawasan terbina untuk seminar dan mesyuarat ditambah dengan kemudahan bertaraf tinggi, lokasi yang sesuai, kakitangan yang profesional dan bertolak ansur serta dilengkapi dengan padang golf, pusat peranginan dan hotel 5 bintang, taman hiburan dan pusat membeli-belah membuatkan ia tempat yang sempurna untuk mana-mana jenis acara - sama ada kecil atau besar, formal atau kasual.

MIECC bukan sahaja tempat untuk pameran dan konvensyen. Ia juga adalah tempat yang ideal untuk jamuan swasta, konsert, simposium dan parti-parti tema dengan kapasiti untuk memegang 10,000 orang dengan selesa dan 8,000 orang bagi jamuan duduk. MIECC mempunyai katering sendiri yang memenuhi pelbagai selera dan keperluan.


Acara : Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2013)
Tarikh : 2 - 6 Oktober 2013
Tempat : Pusat Pameran MINES (MIECC) Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi : 10 pagi - 7 malam
Sekretariat Acara : SEKRETARIAT HALFEST, Tingkat 8, West Wing, Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +603 62034433
Fax : +603 62034422
Emel : enquiry@halal.org.my
Laman Web : www.halal.com.my
Kekerapan : Tahunan