Friday, September 6, 2013

16 September - Peristiwa, Sejarah & kelahiran

16 September merupakan hari
ke-258 (hari ke-259 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory.
Tinggal 107 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Mexico (1810)
Papua New Guinea (1975)
Hari Malaysia di Malaysia (1963).

Peristiwa yang berlaku dalam 16 September

1597 - Perang Tujuh Tahun: Dua belas kapal Korea di bawah pimpinan Laksamana Yi Sun-sin menenggelamkan 31 kapal musuh dan menumpaskan cubaan serangan oleh Jepun.

1810 - Miguel Hidalgo y Costilla, seorang paderi di Dolores, Guanajuato, mengirimkan Grito de Dolores kepada pengikut-pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico terhadap Sepanyol.

1941 - Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa turun takhta bagi membolehkan anaknya Mohammad Reza Pahlavi menaiki takhta.

1963 - Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak and Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia

1982 - Militia Lubnan yang diketuai oleh Elie Hobeika membunuh sesuka hati di khemah pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila, membunuh lebih 700 orang awam.

2006 - Pengeboman Haadyai mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 82 orang lagi cedera yang melibatkan warganegara asing di samping warga tempatan.

2007 - Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, mengorbankan 89 penumpang dan anak kapal.

2009 - Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.

2011 - Helle Thorning-Schmidt bakal menjadi Perdana Menteri Denmark wanita pertama selepas parti campurannya memenangi pilihan raya.

Kelahiran pada tarikh 16 September

1895 - Za'ba, cendekiawan Melayu Malaysia

1923 - Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang pertama

1985 - Madeline Zima, pelakon A.S.


Thursday, September 5, 2013

Hari Malaysia - Pencipta Bendera Malaysia. Ucapan Tunku Abdul Rahman





Hari Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akta Malaysia 1963
(dokumen)

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan 
Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Pemasyhuran Malaysia

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut adalah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:

Pemasyhuran Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.

Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.

Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu.

Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen.

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga.


Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

Frekuensi Radio (RFID)


SEBANYAK 60 pengusaha sarang burung walet tempatan dan kilang pemprosesannya sudah menggunakan Sistem Kesan dan Jejak Dalam Talian Sarang Burung Walet yang menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).



Jumlah itu adalah enam peratus daripada keseluruhan 980 pengusaha tempatan yang sedang memajukan produk berdaya maju tinggi yang mempunyai potensi pasaran besar khususnya dari China itu.

Sistem Kesan dan Jejak Dalam Talian Sarang Burung Walet itu dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Veterinar, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) isi kandungan dan infrastruktur komunikasi (CCI) itu dilancarkan pada 12 Ogos tahun lalu.

Buat masa ini, Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang memperoleh hak untuk mengeksport secara terus ke China, yang juga pasaran sarang burung walet terbesar di dunia.

Sijil RFID dari SKMM diperlukan untuk membolehkan sarang burung walet yang bermasalah dikesan menggunakan gelombang frekuensi radio untuk menentukan lokasi rumah sarang burung berkenaan.


Ia adalah satu daripada tiga syarat yang dikenakan kepada syarikat tempatan yang mengeksport sarang burung walet ke China.
Dua syarat lain ialah sijil penanda kesihatan veterinar daripada Jabatan Veterinar dan dan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan.

Usaha juga sedang dilaksanakan untuk membolehkan 300 rumah sarang burung walet dan kilang pemprosesan berdaftar menggunakan sistem itu tahun ini.

Selain itu, pihak berkuasa berkaitan juga sedang berunding dengan China mengenai paras nitrit dalam sarang burung walet yang boleh diterima.

Buat masa ini, China mengenakan sekatan ke atas sarang burung walet memandangkan paras tinggi nitrit yang disebabkan oleh stok berlebihan sarang terbabit dalam pasaran.

Sebaik sekatan itu dihapuskan, eksport sarang burung walet Malaysia yang dilakukan menerusi Sistem Jejak dan Kesan Sarang Burung Walet akan mempunyai tahap keselamatan tambahan yang memastikan keasliannya datang dari negara ini.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata syarikat tempatan yang menggunakan jenama 1Malaysia Best akan mengenal pasti sebuah syarikat di China sebagai rakan perniagaan bagi memudahkan eksport sarang burung walet dari Malaysia dipantau.

“Syarikat di China itu pula mesti melakukan promosi bahawa hanya produk sarang burung walet jenama 1Malaysia Best saja yang dijamin kualitinya dan selamat untuk dimakan,” katanya baru-baru ini.

Beliau menambah, antara lain, tindakan berkenaan akan memulihkan kembali industri itu yang mengalami masalah pemasaran ke luar negara akibat dakwaan produk itu mempunyai kandungan nitrit yang boleh membahayakan kesihatan.

“Pada 2011, kerajaan China telah melaksanakan penguatkuasaan kandungan nitrit sifar yang mengakibatkan kejatuhan mendadak harga sarang burung walet sehingga ke paras 50 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai polisi kerajaan China tersebut, beliau berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan kedua-dua negara sedang berbincang bagi mencapai kata sepakat mengenai kandungan nitrit yang dibenarkan.

Industri sarang burung walet Malaysia yang pesat berkembang kini dianggarkan sudah menguasai 20 peratus pasaran global.


Begitupun, peserta sektor itu kini terpaksa bersaing dengan sejumlah besar sumber sarang burung yang palsu dari negara jiran, manakala sesetengahnya diseludup ke negara ini untuk dieksport semula ke China.


3 Syarat Guna Logo 1Malaysia Best


MUAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan tiga syarat ketat kepada pengusaha hasil burung walet yang ingin menggunakan jenama 1Malaysia Best pada produk masing-masing sebelum memasuki pasaran eksport termasuk ke China.


Syarat itu merangkumi Sijil Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sijil Kesihatan Veterinar daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta Sijil Kesihatan Makanan daripada Kementerian Kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata langkah terbaru itu bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan menepati piawaian ditetapkan terutama bagi tujuan eksport.


“Langkah itu diambil selepas China menarik balik larangan import sarang burung walet dari Malaysia susulan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara itu awal bulan ini.

“Di China, syarikat Malaysia juga mesti memiliki rakan perniagaan di sana bagi memudahkan eksport sarang burung walet dari Malaysia dipantau,” katanya ketika berucap sempena majlis pemimpin peladang Johor bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, di sini, semalam.

Noh berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap projek pertanian berimpak tinggi seperti burung walet, ikan hiasan serta rumpai laut kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada petani yang mengusahakannya.


Bagaimanapun, katanya, apabila ia tidak dikawal pelbagai perkara boleh berlaku yang boleh mengakibatkan kerugian selepas mengeluarkan modal yang banyak untuk memulakannya.
“Sarang burung walet itu sesuai untuk konsep pertanian 3T (tanam, tinggal dan tuai) tetapi ia perlu dikawal, arowana juga sudah ada sedikit masalah ketika ini kerana semua orang nak buat.


“Bagi burung walet, kita sudah selesaikan syarat kandungan nitrat dalam produk itu iaitu tidak melebihi paras 30 bahagian per juta (ppm) seperti diminta pihak berkuasa China dan saya sudah pergi jumpa pihak di sana bersama Menteri Kesihatan dan ia sudah diselesaikan.



“Kita juga sudah buat draf protokol iaitu Prosedur Standard Operasi (SOP) yang akan kita tandatangani sebelum sarang burung walet itu boleh dieksport,” katanya.

Harga Sarang Burung Walit Jatuh ???


Apabila zaman  berubah dunia pun berubah, struktur ekonomi juga akan berubah. Sarang burung walit bukan lagi  makanan golongan bangsawan sahaja tetapi turut menjadi makanan rakyat biasa dan orang-orang yang berkemampuan. Melalui perbincangan pemilik ruangan jahaniwalit


Perbincangan beliau dengan Pak Handoko seorang pembudidaya walet dan pengeksport dari Jakarta. Dahulu ketika tahun 1991 harga 2 KG sarang burung di Hong Kong adalah menyamai nilai 1 KG emas. Permintaan untuk sarang walit tetap tidak jatuh.

Pemakan sarang burung yang utama adalah masyarakat Cina yang bertaburan diseluruh pelusuk dunia yang berjumlah kira-kira 1.5 billion. Oleh itu permintaan datang dari negara China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, USA dan juga negara Eropah. Negara-negara lain yang terdapat masyarakat cina atau wujudnya China Town turut mewujudkan permintaan untuk sarang burung ini.

Negara pengeluar sarang burung terdiri negara yang berada didalam jajaran kepulauan Andaman hingga ke Filifina. Malaysia dan Indonesia adalah negara pengeluar utama.

Perlu diingat bahawa sarang burung walit  bukan hanya sekadar bahan ubatan tetapi sebagai makanan tambahan. Masyarakat cina percaya bahawa sarang burung mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi pemangkin kepada pertumbujan sel dan kulit.

Negara pengeluar utama sarang burung adalah Malaysia dan Indonesia belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Pengeluaran Malaysia dan Indonesia hanyalah hanya mampu  20%-30% permintaan dalam pasaran dunia. 70% – 80% lagi keperluan pengguna belum mampu dipenuhi oleh pengeluar yang ada pada masa. Oleh yang demikian potensi pasarannya sangat besar.


Pertumbuhan ekonomi yang pesat meningkatkan lagi permintaan pasaran sarang burung . Permintaan Akan terus meningkat.Orang Eropah dan Arab telah mula makan sarang burung. Janganlah risau tentang pasaran kerana ia akan tetap terjamin. Jika harga sarang burung mentah dalam pasaran sentiasa stabil 
RM4000 – RM5000 /KG di Malaysia.

Pengusaha tidak akan rugi dalam industri ini kerana pengeluar tidak memerlukan overhead kos untuk mengeluarkan sarang burung. Kerana ia adalah industri yang pelaburan modal hanya sekali dan hampir tiada overhead kos dan ianya boleh diwarisi hinga ke anak cucu.