Saturday, August 3, 2013

Walit - Dilema, Perlesenan & Kerajaan

Garis Panduan Walit Libatkan Empat Kementerian

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) mengambil masa untuk dibentang ke Kabinet kerana ia melibatkan empat kementerian, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

Noh berkata selain kementerian yang diterajuinya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan juga terlibat dalam penggubalan garis panduan itu.

"Tunggulah... Kita akan umum selepas ia diluluskan (Kabinet)," kata Noh kepada Bernama di lobi Parlimen mengenai perkembangan terkini garis panduan bagi pembangunan industri sarang burung yang bernilai RM1.5 bilion setahun itu.

Garis panduan itu disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit di negara ini.

Sebelum ini, Noh dilaporkan berkata 1GP akan dibentang ke Kabinet pada Mac ini.

Dianggarkan terdapat 50,000 premis burung walit di seluruh negara dengan kebanyakannya dibina di rumah-rumah kedai di kawasan bandar menimbulkan kebimbangan penduduk setempat mengenai masalah bau, bunyi dan penyakit.

Ketua Pengarah JPV Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin sebelum ini berkata pelaksanaan garis panduan holistik itu akan menyelesaikan semua masalah berbangkit.

Abdul Aziz berkata ia akan menjadi garis panduan pertama seumpamanya di rantau ini bagi mengawal selia pembangunan industri burung walit itu daripada aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran hinggalah pengeksportan sarang burung itu.

Ketika ini masalah perlesenan rumah burung dilihat membantutkan perkembangan industri itu terutama di Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak, yang antara lain melibatkan rumah burung dibina dalam kawasan warisan (Pulau Pinang dan Melaka)dan peruntukan undang-undang melarang premis burung dibina di kawasan bandar seperti di Sarawak.

Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu, menjelaskan kenapa harganya mencecah RM4,000 sekilogram.



Dilema Industri Sarang Burung Walit Sarawak

Oleh Syed Azwan Syed Ali



KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Tanpa diketahui umum, industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia, kira-kira 10 tahun lepas.

Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China di mana sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya selain turut menjadi "pengukur" kepada status individu.

Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.

Malah sarang burung walit atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau "aerodramus maximus" yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya.



ISU PERLESENAN RUMAH BURUNG BANTUTKAN INDUSTRI

Namun beberapa isu timbul sejak kebelakangan ini termasuk masalah perlesenan lebih 1,500 rumah burung walit di Sarawak menjejaskan perkembangan industri yang berpotensi besar ini.

Jika di Semenanjung Malaysia premis burung walit dibenarkan dibina di rumah kedai dan lot komersil di bandar mengikut syarat tertentu, premis yang sama tidak dibenarkan di kawasan bandar di negeri itu.

Ini kerana Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan burung walit diternak di kawasan bandar.

Negeri itu juga tidak mempunyai garis panduan penternakan burung berkenaan yang membolehkan rumah burung dibina di kawasan bandar seperti mana di Semenanjung.

Peraturan Perlindungan Hidupan Liar (Sarang Burung Boleh Dimakan) 1998 dan Peraturan Perlindungan Hidupan Liar 1998 juga menjelaskan bahawa spesies itu hanya boleh diternak di tanah pertanian di kawasan luar bandar selain habitat asalnya seperti gua.

"Sepatutnya kerajaan negeri menyokong industri ini dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mewujudkan garis panduan penternakan burung walit," kata Dr Koh Ung Leong kepada Bernama ketika ditemui di Sibu baru-baru ini.

Doktor veterinar itu berkata burung walit mempunyai nilai ekonomi tinggi, meningkatkan nilai hartanah setempat dan menjadi alternatif kepada petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius.

Tinjauan Bernama mendapati terdapat banyak rumah burung dibina dan rumah kedai diubahsuai menjadi rumah burung di bandar berhampiran pesisir pantai seperti di Mukah, Sibu, Sarikei dan Bintulu.

Sebelum ini persatuan pedagang sarang burung walit di negeri itu merayu campur tangan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menyelesaikan masalah itu selepas tindakan penguatkuasaan bermula Oktober tahun lepas di Mukah.



STATUS TERKINI PERLESENAN

Sehingga hari ini daripada lebih 1,500 premis burung walit yang ada, hanya dua premis diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Ini bermakna 99.8 peratus rumah burung walit di negeri itu ialah premis haram.

"Kami berharap kerajaan negeri akan menyediakan garis panduan yang sama seperti di Semenanjung. Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini," kata pengerusi protem Persatuan Perdagangan Sarang Burung Walit Sarikei Wong Hua Ting.

Dalam isu ini, kerajaan negeri dilihat mempunyai dua pilihan sama ada memusatkan penternakan burung walit ke sesebuah kawasan melalui pembinaan eko-park atau mengadaptasi garis panduan penternakan burung walit.

"Mustahil untuk memindahkan burung-burung ini. Burung walit bukannya seperti ayam atau itik yang boleh kita tangkap dan pindahkan. Burung-burung ini sudah jadikan rumah burung sebagai hotel tempat bersarang," kata pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia Datuk Beh Heng Seong.

Difahamkan sehingga hari ini belum ada kaedah memindahkan burung walit yang juga spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972. Ini menjadikan usaha memindahkannya, terutama anak burung, adalah mustahil tanpa risiko "membunuh" burung itu.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan negeri terutama Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak akan menangani isu ini tanpa mengenepikan kepentingan semua pihak termasuk pemilik rumah burung?



PENDIRIAN JABATAN

Ketua Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa pembangunan industri ini perlu dilakukan secara sistematik mengikut undang-undang sedia ada.

"Kebanyakan yang minta lesen adalah di bandar yang mengikut definisi undang-undang, mereka tidak layak," kata Len Talif mengenai risiko epidemik seperti selesema burung menyebabkan kenapa kerajaan negeri tidak membenarkan penternakan burung itu di bandar.

Beliau berkata pihaknya juga menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah bau dan bunyi bising pembesar suara yang dipasang di premis burung itu bertujuan memanggil burung walit singgah bersarang.

Len Talif juga mendakwa pembinaan rumah burung di kawasan bandar turut menjejaskan perniagaan sesetengah pihak terutama mereka yang menjual makanan di restoran atau gerai berdekatan.

"Sepatutnya pembinaan rumah burung di bandar tidak dibenarkan kerana melanggari undang-undang," katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan negeri akan membina eko-park dan memberikan lesen kepada individu berminat membina rumah burung di atas tanah pertanian di luar bandar.



RAYUAN PEMILIK RUMAH BURUNG

Kebanyakan pemilik rumah burung melihat masalah birokrasi memohon lesen melibatkan agensi berkaitan seperti pejabat tanah, pihak berkuasa tempatan, Sarawak Planning Autority (SPA) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak merumitkan keadaan.

Ketiadaan jaminan burung bersarang di eko-park dan premis burung baru juga menyebabkan kenapa mereka mahu kerajaan negeri menggunapakai garis panduan mengikut Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) untuk burung walit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

GAHP, yang merupakan antara syarat lesen di Semenanjung, menetapkan spesifikasi tertentu bagi memastikan premis burung walit dibina kondusif dan mesra alam selain menetapkan had bunyi tidak melebihi 40 desibel dengan corong 60 darjah menghala ke langit bagi mengatasi masalah bunyi.

"Kita bercakap tentang "1Malaysia" maknanya undang-undang yang sama. Kenapa kerajaan negeri tidak terima garis panduan itu,? soal pedagang sarang burung walit dari Mukah, John Low.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang menggalakkan rakyat, terutama kaum Bumiputera, menceburi bidang penternakan burung walit yang mampu menjana ekonomi tempatan.

Pengerusi protem persatuan pedagang sarang burung Mukah, Philip Tiong, pula meminta pihak berkuasa mengadakan dialog dengan pemilik rumah burung untuk menyelesaikan isu itu dan bukannya "dialog" sehala yang menyuruh mereka berpindah.



DAKWAAN MONOPOLI INDUSTRI SARANG BURUNG

Namun apa yang menarik beberapa pemilik rumah burung yang enggan dikenali mendakwa pembinaan eko-park termasuk di Mukah adalah cubaan pihak tertentu untuk memonopoli industri itu.

Ini kerana sekilogram sarang burung boleh mencecah RM4,000 dan jumlah itu meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda selepas ia diproses untuk diimport ke negara luar seperti China, Hong Kong dan Korea.

Jika daerah Mukah mampu mengeluarkan lebih 100 kilogram sarang burung yang bernilai RM400,000 sebulan, bayangkan jumlah pendapatan yang mampu dijana lebih 40 ribu rumah burung yang bertaburan di seluruh negara.

Walaupun dakwaan monopoli itu masih belum dibuktikan, pihak terbabit perlu memberi perhatian kepada perkara seumpama itu yang boleh membantutkan hasrat kerajaan memajukan industri sarang burung selain kebimbangan terhadap ancaman penyakit.

Ketua Unit Walit Dr Fadzilah A'ini Abdul Kadir berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar, yang menjadi agensi peneraju industri sarang burung negara, sentiasa memantau perkembangan industri itu dari semasa ke semasa.


Sehingga hari ini, lebih 5,000 sampel burung walit yang diuji Jabatan Perkhidmatan Veterinar sejak tiga tahun lepas didapati bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam, kata Dr Fadzilah.

Wednesday, July 31, 2013

SIAP - Bersedia dipasarkan

Alhamdulillah syukur setelah berhempas-pulas sejak kebelakangan ini, akhirnya berbaloi dengan siapnya produk terbaru dari kami, Minuman Buah-Buahan

ANGKASAA


Minuman buah-buahan dengan 3 variasi rasa iaitu orange, cantaloupe dan strawberry bersedia untuk dipasarkan.. 


Tengok label ANGKASAA baru beli k, takut tersilap beli brand lain nanti kempunan pulak nk merasa minuman kami, hehehe


Comey x kami?? kehkeh


kami hasilkan yang terbaik untuk anda

Wednesday, July 24, 2013

Asal-Usul PERLIS (susur galur)

ڤرليس ايندرا كايڠن
Perlis Indera Kayangan

Negeri Perlis Indera Kayangan (atau Perlis Darul Sunnah) merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siammelantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.
Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).




Asal-usul nama negeri Perlis

Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-

Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi มะพร้าวลอย) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.

Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.

Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.




Sejarah Negeri Perlis

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahankepada status sebuah negeri naungan.



Monday, July 22, 2013

Program Al Tasneem Sinar Sdn bhd


Suka dimaklumkan
Syarikat Al Tasneem Sinar Sdn Bhd
melalui Jenama
ANGKASA
akan berada di

DATARAN USAHAWAN PRESINT 2, PUTRAJAYA

bersempena

KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD)

PADA

25-29 September 2013


Syarikat Al Tasneem Sinar Sdn Bhd
seterusnya akan berada pula di

MINES, SRI KEMBANGAN

sempena 

HALFEST 2013

PADA

2-6 November 2013




Kebaikkan Kopi Dalam Islam

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selepas madu dan susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. Mari kita lihat kebaikan kopi :-

1-Kandungan kafein dalam kopi

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak

Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.

3-Kandungan Antioksida dalam kopi

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.

Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.

keburukan kopi hanya tipu belaka !!!!!!!!!!!!!!

1 ) dikatakan kopi itu tidak baik , sedangkan itu minuman nabi

2 ) Kopi dikatakan mempunyai kafein sedang kan setiap minuman dari tumbuhan mempunyai kafein , kalau kafein tidak baik mengapa kita minum air teh ?

3 ) dikatakan kafein menyebabkan otak lembab , namun kafein terdapat dalam kopi yang merangsang stimulasi otak

4 ) Dikatakan kopi boleh meyebabkan mandul , sedangkan kopi lah yang mengaktifkan rangsangan seksual

5 ) dikatakan kafein tidak baik untuk kesihatan, sedangkan dengan meminum kopi kita dapat mengelak diabetis

6 ) minuman kopi adalah para ilmuwan islam seperti IBNU SINA yang telah mencipta kopi herba dan minuman nabi  , yang semestinya berkhasiat dan sesungguhnya nabi tidak pernah berbohong

7 ) kopi juga adalah minuman kegemaran yahudi dan orang barat ...pelik?? mereka yang buat fatwa , mereka juga lah minum ..sebab apa mereka tak nak manusia jadi pandai
mereka nak manusia jadi BODOH supaya kita yang ikut ni pn percaya ckp mereka

8 ) bukan untuk membandingkan...cuba kalian lihat profeser di luar negara dan cuba lihat kebanyakan usahawan cina yang maju..dan cuba pergi ke majlis esklusif , yang dihadiri orang ternama terutama dari barat minuman apa yang mereka minum ? sudah tentu kopi...........

9 ) Cuba kalian siapa pemilik starbucks ? YAHUDI.....




sumber :

Nak Masuk MYDIN




Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Produk minuman buah-buahan jenama

ANGKASAA

Akan mula berada di pasaran bermula
29 JULY 2013

DAN

Lebih mengujakan lagi ialah Produk ini akan turut berada di Seluruh MYDIN

TETAPI

Buat permulaan ini ia akan masuk secara berperingkat-peringkat bermula dari utara hingga ke penghujung selatan bermula
19 AUGUST 2013.


Terima kasih kepada MYDIN kerana membuka ruang bagi produk-produk IKS seperti kami.

Pastikan ANGKASAA anda pasti tidak akan kecewa



Sunday, July 21, 2013

Khasiat Buah Orange, Strawberry Dan Cantaloupe

OREN

Oren—secara terperinci, oren manis—ialah sitrus Citrus × ​sinensis (syn. Citrus aurantium L. var. dulcis L., atau Citrus aurantium Risso) dan buahnya. Oren ialah hibrid asal tanaman purba , kemungkinan antara limau bali (Citrus maxima) dan limau mandarin (Citrus reticulata).

KHASIATNYA

Rendah Kalori
Merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.


Mengandungi Serat 
Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Antioksidan 
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Mencegah Kenaikan Lemak
Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Meningkatkan Kadar Folat 
Pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Ejen Perlindungan Terhadap Kanser 
Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.


hasil perkongsian : http://www.duniakongsi.net/







STRAWBERRY


Keluarga buah berry memang memiliki banyak manfaat kesehatan bagi tubuh. Kali ini, Medical Daily membagikan khasiat menakjubkan dari makan buah strawberry. Simak selengkapnya.
Kesehatan mataMakan tiga buah strawberry atay lebih setiap hari mampu menurunkan risiko degradasi mata, demikian menurut Mayo Clinic. Menurut penelitian terbaru, vitamin C pada strawberry juga ampuh melindungi mata dari sinar matahari.
Kesehatan kulitAntioksidan bernama asam ellagic ampuh mencegah keriput dan memperbaiki sel kulit rusak yang disebabkan oleh sinar UV. Jadi selain menggunakan krim kecantikan yang mencegah penuaan, Anda bisa menikmati strawberry untuk menyehatkan kulit.
Kesehatan otakStrawberry bisa dikatakan sebagai makanan super untuk otak. Bagaimana tidak, penelitian membuktikan bahwa konsumsi strawberry berkaitan erat dengan penurunan risiko penyakit Alzheimer, Parkinson, dan demensia.
Kesehatan jantungKhasiat menakjubkan berikutnya dari makan buah strawberry adalah kemampuannya dalam meregulasi tekanan darah. Sehingga mengonsumsi buah strawberry secara rutin sama dengan berusaha menurunkan risiko penyakit jantung dan stroke.
Sistem imunKandungan vitamin C tinggi pada strawberry dikaitkan dengan peningkatan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, strawberry juga ampuh menangkal beberapa penyakit kanker, salah satunya adalah kanker payudara.
Ibu hamilTahukah Anda, strawberry juga mengandung asam folat yang dibutuhkan oleh ibu hamil demi menjaga perkembangan otak janin dalam rahim. Asam folat juga berkhasiat mencegah bayi lahir cacat.
SUMBER :

CANTALOUPE

1) Ia kaya dengan khasiat vitamin C, iaitu kira-kira 117 mg dalam setengah isi kandungannya sahaja. Selain itu, ia juga kaya dengan beta karoten. Kedua-dua khasiat in berkesan dalam melindungi sel tubuh akibat kesan radikal bebas. Selain itu, setengah biji buah ini mengandungi 853 mg potasium dan ia lebih banyak khasiatnya berbanding buah pisang dalam tindakan menurunkan tekanan darah. Setengah biji buah ini mengandungi 97 gm kalori, 1 gm lemak dan 2 gm serat.

2) Cantaloupe mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malah vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh dan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda.

3) Selain itu Cantaloupe turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah Cantaloupe dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan.

4) Potasium yang terkandung dalam Cantaloupe dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air Cantaloupe yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk kecil Cantaloupe hanya mengandungi 60 kalori dan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.


Hasil cedok : http://baca-blogspot.blogspot.com/