Cara mencapai haji
mabrur
Secara umumnya, untuk
mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut:
1: Hajinya hendaklah
ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
Imam Nawawi ketika
menafsirkan hadith diatas dengan berkata
“mabrur (diterima)
adalah baik hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur
dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak ria’ pada hajinya”
Niat menunaikan haji
hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain
daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya
yang membawa kepada kemurkaan Allah
Di dalam Musnad
Ahmad, ada sebuah hadith:
“Sesiapa yang keluar
dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan
satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah,
malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih
bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari
rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya
bersama benderanya, dan bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali
ke rumahnya”
2: Kesemua
perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
Di dalam Sahih Muslim
ada hadith menyebut:
“Sesungguhnya Allah
itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah
menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah.
Kemudian baginda membacakan ayat alQuran
“Wahai sekalian
Rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh.
Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]”
Kemudian Rasulullah
membacakan lagi :
“Wahai orang-orang
yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami
rezekikan”
[Surah alBaqarah 172]
Kemudian disebut,
seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata
“Ya Tuhanku”
sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya
punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima??”
Oleh itu, sewajarnya
sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali
sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari
sumber-sumber yang halal.
3: Melakukan fardhu haji
sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
Bermula dengan niat
sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya.
Sebagai seorang muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa
menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Ini sesuai dengan sabda
Baginda,
“Sesiapa yang
memperbaharui urusan agama (menokok tambah), maka mereka bukan dari kalangan
kami (umat Muhammad)”
Syeikh Mustafa
azZarqa’ ketika ditanya makna haji yang mabrur, beliau menyatakan diantara ciri-ciri
hajinya diterima ialah
“hendaklah bagi tuan
empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau didalam mengerjakan
kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya,
memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain)
dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya,
berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh,
bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi
kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan
istiqomah”
4: Melakukan ibadat
haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya
Ali Radiyallahu’anh
ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab
“Kau hanya sebuah
batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana
Rasulullah mengucupnya, sudah aku aku tidak aku mengucupnya”
Ini jelas menunjukkan
kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa
menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.
5- Setelah menunaikan
haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak
berkemampuan menunaikan Haji:
Ini sesuai dengan
hadith :
“Ya Rasulullah,
sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak
ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya?
Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu
berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu
juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan
(hutangnya)”.
Didalam hadith yang
lain:
“Ya Rasulullah,
sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku
seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu
menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya”