Usahawan sentiasa
mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup
yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
Seseorang usahawan
adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana.
Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan
kepadanya.
Usahawan tidak
menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan
cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut
dilakukan.
Seseorang usahawan
akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak
membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia
mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian
menyelesaikannya satu persatu.
Usahawan sentiasa
mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir
bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.
Untuk menjamin bahawa
dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang
baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.
Satu formula
terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak
hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadikan ideanya satu kenyataan.
Seorang usahawan
adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar
mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan
baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan
bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya
dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.
Asas bagi perniagaan
ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan
pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus
menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.
Ini sifat yang amat
penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani
menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju
walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.
Usahawan itu
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia
akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran
serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.
Usahawan bijak
mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau
peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang,
merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.
Kebiasaannya manusia
akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju.
Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila
cita-citanya selama ini telah dicapai.
Seorang usahawan
berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu
masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang
sebagai masalah.
Seseorang usahawan
itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya.
Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas
ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau
membuat keputusan penting.
Usahawan berfikir
bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia
sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk
yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.
Usahawan menyusun
strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu
mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk
meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh
dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku
dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa
dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana
inilah kunci segala perancangan.
Usahawan memerlukan
seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia
merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang
usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi
sebaik mungkin.
Usahawan fokus pada
pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan
melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan
fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak
mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan
menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju
kejayaan.
Seseorang usahawan
mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan
menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan
kakitangan.
Pengurusan perniagaan
yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah
perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi,
mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.
Semangat yang kental
perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan
dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh
berjaya
Usahawan adalah
pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh,
dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa
singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya
dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.
Seseorang usahawan
yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa.
Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.
Usahawan pandai
membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan
meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan
gerak hati.
" Seseorang
usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa
mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
Adakah anda ingin
menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas
den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi seorang usahawan
berjaya.
No comments:
Post a Comment