Wednesday, July 16, 2014

Friday, February 14, 2014

Asal -Usul Valentine's Day

Asal-Usul Valentine’s Day

Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, 

“Valentine Day, Natal, Happy New Year,
April Mop, Hallowen: So What?,

para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. 

Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya seperti berikut :

Juno merupakan dewi kewanitaan

Pendapat Pertama

·         Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno (ratu dewa-dewa dan dewi-dewi Rom). Juno adalah Ratu kepada tuhan-tuhan, isteri pelindung Negeri Rom. Beliau juga dikenali dengan nama Hera (Dewi Yunani) iaitu dewi perkahwinan dan kesejahteraan wanita. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat Kedua

·         Ianya merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.



Ratu Isabella merupakan individu yang membantu kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol

Pendapat Ketiga

·         Hari sambutan Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Pendapat Keempat

·         Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer (1343 – 25 Oktober 1400),seorang penyair Inggeris di dalam puisi klasiknya yang bertajuk “Parlement Foules” (1382) berkaitan Burung cinta Chaucer (Chaucer’s love birds) yang mengaitkan Hari Valentine dengan cinta asmara ialah :

“For this was on seynt Volantynys day, Whan euery bryd comyth there to chese his make. “

“Untuk ini adalah Hari Saint Valentine, apabila setiap datang burung di sana untuk memilih pasangannya.”

Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat
Puisi ini telah ditulis oleh beliau untuk meraikan ulang tahun pertama pertunangan King Richard II dari England Anne di Bohemia. Perjanjian yang membenarkan perkahwinan mereka ditandatangani pada 2 Mei 1381. (Sewaktu mereka berkahwin lapan bulan kemudian, mereka berdua hanya berusia 15 tahun).

Tanpa ragu-ragu, para pembaca menganggap bahawa Chaucer memaksudkan 14 Februari sebagai Hari Valentine. Persepsi ini adalah salah dan tidak benar. ini kerana pada pertengahan bulan Februari adalah masa yang tidak mungkin sesuai bagi burung-burung untuk mengawan di England. 

Pendapat ini telah diketengahkan oleh Henry Ansgar Kelly (1986) dalam bukunya 

“Chaucer and the Cult of Saint Valentine”

yang menegaskan bahawa mengikut “liturgical calendar”, 2 Mei ialah hari perayaan Saint Valentine dari Genoa. Ia merujuk kepada seorang biskop purba Genoa bernama St. Valentine yang meninggal dunia sekitar tahun 307 M.

Ini bermakna Chaucer telah cubamendoktrinkan satu tradisi di minda masyarakat yang menghubungkaitkan sambutan Hari Valentine merujuk kepada musim mengawan burung dengan mengambil asas kepada peristiwa memperingati Saint Valentine dari Genoa.

Sorotan sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.


Thursday, February 13, 2014

HARI KEKASIH - HARAM ATAU HARUS ???

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day.
Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day
tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang
bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya
boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                            ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                      (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam.
Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Sebab-Sebab Pengharaman Valentine’s Day

1.        Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

2.        Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

3.        Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

4.        “Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

5.        Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

KARNIVAL DAN FORUM


AKHIRNYA
KARNIVAL PEMBUKA BAGI TAHUN

2014

SUDAH TIBA DAN SEMOGA

AL TASNEEM SINAR SDN BHD

DAPAT MENAPAK LEBIH JAUH KEHADAPAN DALAM BIDANG PEMBUATAN DAN PEMPROSESAN MAKANAN DAN MINUMAN DAN SETERUSNYA MENEMBUSI PASARAN SERANTAU

KARNIVAL MEGA ZON UTARA

TEMPAT : SUNGAI PETANI, KEDAH
TARIKH : 27/02/14 - 02/03/14

FORUM KEUSAHAWAN MALAYSIA

TEMPAT : PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC)
TARIKH : 18/02/14

UNTUK KEJUTAN, TAHUN 2014 AKAN MNEJADI SAKSI KEPADA BEBERAPA LAGI PRODUK BARU DARIPADA

AL TASNIM ENTERPRISE
(KILANG PEMPROSESAN MINUMAN DAN MAKANAN MILIK SEPENUHNYA AL TASNEEM SINAR SDN BHD)

DAN, PRODUK YANG AKAN DIKELUARKAN TURUT DIBAWAH LABEL YANG SAMA IAITU


Thursday, September 12, 2013

Promosi & Penjenamaan

PROMOSI DALAM NEGARA

Program ini dilaksanakan di peringkat nasional, negeri-negeri dan daerah-daerah di seluruh Malaysia. Terdapat dua kategori promosi yang dijalankan, iaitu Promosi Pengguna dan Promosi Perdagangan.

Tujuan

Meningkatkan  penggunaan per kapita dan penggunaan institusi di peringkat domestik
Meningkatan saiz pasaran hasil pertanian dan produk makanan keluaran usahawan tempatan
Membina jaringan urusniaga
Meningkatkan pendedahan produk (product exposure) kepada pasaran tempatan.

1. Promosi Pengguna

Kementerian Pelajaran
Kementerian Kesihatan
Kementerian Pelancongan
Institusi
Pihak Swasta

2. Skop Perkhidmatan Fama

Menganjur kempen dan promosi hasil pertanian segar dan produk proses (makanan).
Menjalankan promosi dengan sektor perhotelan/ institusi /sektor pelancongan.
Menganjur karnival dan pesta jualan terus untuk menangani isu lebihan bekalan.
Menerajui penyertaan pengeluar/usahawan dalam pameran pengguna

3. Kumpulan Sasaran

Pengeluar hasil-hasil pertanian
Usahawan produk proses
Malaysia Airlines
Pengguna

4. Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Ruang untuk menyertai pameran / karnival / ekspo
Mengeluarkan bahan promosi sebagai sokongan aktiviti
Publisiti - (Media cetak dan media elektronik)

5. Syarat-Syarat Bagi Mendapatkan Perkhidmatan

Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya bertaraf enterprise.
Perniagaan perlu didaftarkan dengan Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA.
Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan.
Berkeupayaan untuk membekal produk yang diperlukan sekiranya mendapat tempahan.

6. Cara Memohon


Permohonan secara bertulis boleh dibuat kepada Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA atau mengisi borang permohonan penyertaan yang boleh didapati menerusi laman web FAMA. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah Cawangan Promosi di talian 61264051 dan Faks 61365597

Program Al Tasneem Sinar Sdn Bhd

PROGRAM SME @ UNIVERSITY

DEWAN SEMINAR C, PUSAT KONVENSYEN, UUM

8.30 PAGI

20 SEPTEMBER 2013

Monday, September 9, 2013

Haji Mabrur - Impian

Cara mencapai haji mabrur

Secara umumnya, untuk mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut:

1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).

Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith diatas dengan berkata

“mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak ria’ pada hajinya”

Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah

Di dalam Musnad Ahmad, ada sebuah hadith:

“Sesiapa yang keluar dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah, malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya bersama benderanya, dan bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya”

2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.

Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut:

“Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat alQuran
“Wahai sekalian Rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]”

Kemudian Rasulullah membacakan lagi :

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan”
[Surah alBaqarah 172]

Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata

“Ya Tuhanku” sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima??”

Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari sumber-sumber yang halal.

3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.

Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya. Sebagai seorang muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Ini sesuai dengan sabda Baginda,

“Sesiapa yang memperbaharui urusan agama (menokok tambah), maka mereka bukan dari kalangan kami (umat Muhammad)”

Syeikh Mustafa azZarqa’ ketika ditanya makna haji yang mabrur, beliau menyatakan diantara ciri-ciri hajinya diterima ialah

“hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau didalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqomah”

4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya

Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab

“Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah aku aku tidak aku mengucupnya”

Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.

5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji:

Ini sesuai dengan hadith :

“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)”.

Didalam hadith yang lain:


“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya”