Asal-Usul
Valentine’s Day
Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya,
“Valentine Day, Natal, Happy New Year,
April
Mop, Hallowen: So What?,
para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan
peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat.
Tetapi
daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat
popular berkaitan dengannya seperti berikut :
Juno merupakan dewi kewanitaan
Pendapat Pertama
·
Hari
Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan14
Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno (ratu dewa-dewa dan
dewi-dewi Rom). Juno adalah Ratu kepada tuhan-tuhan, isteri
pelindung Negeri Rom. Beliau juga dikenali dengan nama Hera (Dewi Yunani) iaitu
dewi perkahwinan dan kesejahteraan wanita. Hari berikutnya iaitu 15 Februari
bermulanya Pesta
Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di
atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di
dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang
pesta berlangsung.
Pendapat Kedua
·
Ianya
merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada 14 Februari
270 Masihi, St.
Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu
Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom
banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan
St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka
secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan
diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya
pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan
dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan
sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Ratu Isabella merupakan individu yang membantu kejatuhan
Empayar Islam di Sepanyol
Pendapat Ketiga
·
Hari
sambutan Valentine diambil daripada nama seorang
paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari
Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah
di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat
untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan
Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova
kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh
berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak
boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin
dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu
memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk
St. Valentine sendiri.
Pendapat Keempat
·
Berdasarkan
apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer (1343 – 25 Oktober 1400),seorang penyair Inggeris di dalam puisi klasiknya yang
bertajuk “Parlement
Foules” (1382) berkaitan Burung cinta Chaucer (Chaucer’s love
birds) yang mengaitkan Hari Valentine
dengan cinta asmara ialah :
“For
this was on seynt Volantynys day, Whan
euery bryd comyth
there to chese his make.
“
“Untuk
ini adalah Hari Saint Valentine,
apabila setiap datang burung di
sana untuk memilih pasangannya.”
Koleksi
puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba
didoktrinkan kepada masyarakat
Puisi ini telah ditulis oleh beliau untuk meraikan ulang tahun pertama pertunangan King Richard II dari England
Anne di Bohemia. Perjanjian yang membenarkan perkahwinan mereka
ditandatangani pada 2 Mei 1381. (Sewaktu mereka berkahwin lapan bulan kemudian,
mereka berdua hanya berusia 15 tahun).
Tanpa
ragu-ragu, para pembaca menganggap bahawa Chaucer memaksudkan 14 Februari sebagai Hari Valentine.
Persepsi ini adalah salah dan tidak benar. ini kerana pada pertengahan bulan
Februari adalah masa yang tidak mungkin sesuai bagi burung-burung untuk
mengawan di England.
Pendapat ini telah diketengahkan oleh Henry Ansgar Kelly (1986) dalam bukunya
“Chaucer
and the Cult of Saint Valentine”
yang menegaskan bahawa mengikut “liturgical calendar”, 2 Mei ialah hari perayaan Saint Valentine dari Genoa. Ia merujuk
kepada seorang biskop purba Genoa bernama St. Valentine yang meninggal dunia
sekitar tahun 307 M.
Ini bermakna Chaucer telah cubamendoktrinkan satu tradisi di minda
masyarakat yang menghubungkaitkan sambutan Hari Valentine
merujuk kepada musim mengawan burung dengan mengambil asas kepada peristiwa
memperingati Saint Valentine dari Genoa.
Sorotan sejarah di atas
jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan
keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk
kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih
menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.
No comments:
Post a Comment