Thursday, July 11, 2013

Khasiat Pemanis Semulajadi Stevia

  STEVIA MEDIUM PENGAWAL KENCING MANIS

Herba Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba yang agak baru di Malaysia biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis.

Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan
herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Bagaimanapun Stevia kini mula mencuri tumpuan orang ramai apabila khasiatnya sebagai pemanis yang
sesuai di ambil pesakit kencing manis heboh diperkatakan dan sangat berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.
Herba Stevia merawat kencing manis
Pokok Herba Stevia

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

Herba Stevia adalah pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.


Selain itu ,
Herba Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A.
Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.
Bahan pemanis semulajadi ini memang sesuai untuk pengidap kencing manis.

  Antara ciri-ciri Stevia ialah:

1.Pemanis Semulajadi
2.Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah.
3.Melawaskan Kencing
4.Menurunkan Tekanan Darah.
5.Membunuh Bakteria
6.Membunuh Kulat
7.Membunuh Virus
8.Mengurangkan Keradangan
9.Alat Bantu Untuk Menurunkan Berat Badan.

Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan Stevia ini 1/4 sudu makan daunnya yang telah dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

AIR SARANG BURUNG - STEVIA
RM 4.50 SEBOTOL


PATI SARANG BURUNG - STEVIA
RM 45.00 SEKOTAK


No comments:

Post a Comment