16 September
merupakan hari
ke-258 (hari ke-259
dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory.
Tinggal 107 hari
sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga
merupakan:
Hari Kemerdekaan di
Mexico (1810)
Papua New Guinea
(1975)
Hari Malaysia di
Malaysia (1963).
Peristiwa yang berlaku dalam 16 September
1597 - Perang Tujuh
Tahun: Dua belas kapal Korea di bawah pimpinan Laksamana Yi Sun-sin
menenggelamkan 31 kapal musuh dan menumpaskan cubaan serangan oleh Jepun.
1810 - Miguel Hidalgo
y Costilla, seorang paderi di Dolores, Guanajuato, mengirimkan Grito de Dolores
kepada pengikut-pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico terhadap
Sepanyol.
1941 - Shah Reza
Pahlavi dari Iran terpaksa turun takhta bagi membolehkan anaknya Mohammad Reza
Pahlavi menaiki takhta.
1963 - Persekutuan
Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak and Singapura bergabung untuk membentuk
Malaysia
1982 - Militia Lubnan
yang diketuai oleh Elie Hobeika membunuh sesuka hati di khemah pelarian rakyat
Palestin di Sabra dan Shatila, membunuh lebih 700 orang awam.
2006 - Pengeboman
Haadyai mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 82 orang lagi cedera yang melibatkan
warganegara asing di samping warga tempatan.
2007 - Penerbangan
269 One-Two-GO Airlines terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket,
mengorbankan 89 penumpang dan anak kapal.
2009 - Yukio Hatoyama
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.
2011 - Helle
Thorning-Schmidt bakal menjadi Perdana Menteri Denmark wanita pertama selepas
parti campurannya memenangi pilihan raya.
Kelahiran pada tarikh 16 September
1895 - Za'ba,
cendekiawan Melayu Malaysia
1923 - Lee Kuan Yew,
Perdana Menteri Singapura yang pertama
1985 - Madeline Zima,
pelakon A.S.
No comments:
Post a Comment