Thursday, September 12, 2013

Promosi & Penjenamaan

PROMOSI DALAM NEGARA

Program ini dilaksanakan di peringkat nasional, negeri-negeri dan daerah-daerah di seluruh Malaysia. Terdapat dua kategori promosi yang dijalankan, iaitu Promosi Pengguna dan Promosi Perdagangan.

Tujuan

Meningkatkan  penggunaan per kapita dan penggunaan institusi di peringkat domestik
Meningkatan saiz pasaran hasil pertanian dan produk makanan keluaran usahawan tempatan
Membina jaringan urusniaga
Meningkatkan pendedahan produk (product exposure) kepada pasaran tempatan.

1. Promosi Pengguna

Kementerian Pelajaran
Kementerian Kesihatan
Kementerian Pelancongan
Institusi
Pihak Swasta

2. Skop Perkhidmatan Fama

Menganjur kempen dan promosi hasil pertanian segar dan produk proses (makanan).
Menjalankan promosi dengan sektor perhotelan/ institusi /sektor pelancongan.
Menganjur karnival dan pesta jualan terus untuk menangani isu lebihan bekalan.
Menerajui penyertaan pengeluar/usahawan dalam pameran pengguna

3. Kumpulan Sasaran

Pengeluar hasil-hasil pertanian
Usahawan produk proses
Malaysia Airlines
Pengguna

4. Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Ruang untuk menyertai pameran / karnival / ekspo
Mengeluarkan bahan promosi sebagai sokongan aktiviti
Publisiti - (Media cetak dan media elektronik)

5. Syarat-Syarat Bagi Mendapatkan Perkhidmatan

Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya bertaraf enterprise.
Perniagaan perlu didaftarkan dengan Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA.
Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan.
Berkeupayaan untuk membekal produk yang diperlukan sekiranya mendapat tempahan.

6. Cara Memohon


Permohonan secara bertulis boleh dibuat kepada Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA atau mengisi borang permohonan penyertaan yang boleh didapati menerusi laman web FAMA. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah Cawangan Promosi di talian 61264051 dan Faks 61365597

Program Al Tasneem Sinar Sdn Bhd

PROGRAM SME @ UNIVERSITY

DEWAN SEMINAR C, PUSAT KONVENSYEN, UUM

8.30 PAGI

20 SEPTEMBER 2013

Monday, September 9, 2013

Haji Mabrur - Impian

Cara mencapai haji mabrur

Secara umumnya, untuk mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut:

1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).

Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith diatas dengan berkata

“mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak ria’ pada hajinya”

Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah

Di dalam Musnad Ahmad, ada sebuah hadith:

“Sesiapa yang keluar dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah, malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya bersama benderanya, dan bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya”

2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.

Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut:

“Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat alQuran
“Wahai sekalian Rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]”

Kemudian Rasulullah membacakan lagi :

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan”
[Surah alBaqarah 172]

Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata

“Ya Tuhanku” sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima??”

Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari sumber-sumber yang halal.

3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.

Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya. Sebagai seorang muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Ini sesuai dengan sabda Baginda,

“Sesiapa yang memperbaharui urusan agama (menokok tambah), maka mereka bukan dari kalangan kami (umat Muhammad)”

Syeikh Mustafa azZarqa’ ketika ditanya makna haji yang mabrur, beliau menyatakan diantara ciri-ciri hajinya diterima ialah

“hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau didalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqomah”

4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya

Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab

“Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah aku aku tidak aku mengucupnya”

Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.

5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji:

Ini sesuai dengan hadith :

“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)”.

Didalam hadith yang lain:


“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya”

Friday, September 6, 2013

16 September - Peristiwa, Sejarah & kelahiran

16 September merupakan hari
ke-258 (hari ke-259 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory.
Tinggal 107 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Mexico (1810)
Papua New Guinea (1975)
Hari Malaysia di Malaysia (1963).

Peristiwa yang berlaku dalam 16 September

1597 - Perang Tujuh Tahun: Dua belas kapal Korea di bawah pimpinan Laksamana Yi Sun-sin menenggelamkan 31 kapal musuh dan menumpaskan cubaan serangan oleh Jepun.

1810 - Miguel Hidalgo y Costilla, seorang paderi di Dolores, Guanajuato, mengirimkan Grito de Dolores kepada pengikut-pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico terhadap Sepanyol.

1941 - Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa turun takhta bagi membolehkan anaknya Mohammad Reza Pahlavi menaiki takhta.

1963 - Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak and Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia

1982 - Militia Lubnan yang diketuai oleh Elie Hobeika membunuh sesuka hati di khemah pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila, membunuh lebih 700 orang awam.

2006 - Pengeboman Haadyai mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 82 orang lagi cedera yang melibatkan warganegara asing di samping warga tempatan.

2007 - Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, mengorbankan 89 penumpang dan anak kapal.

2009 - Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.

2011 - Helle Thorning-Schmidt bakal menjadi Perdana Menteri Denmark wanita pertama selepas parti campurannya memenangi pilihan raya.

Kelahiran pada tarikh 16 September

1895 - Za'ba, cendekiawan Melayu Malaysia

1923 - Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang pertama

1985 - Madeline Zima, pelakon A.S.


Thursday, September 5, 2013

Hari Malaysia - Pencipta Bendera Malaysia. Ucapan Tunku Abdul Rahman





Hari Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akta Malaysia 1963
(dokumen)

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan 
Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Pemasyhuran Malaysia

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut adalah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:

Pemasyhuran Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.

Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.

Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu.

Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen.

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga.


Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

Frekuensi Radio (RFID)


SEBANYAK 60 pengusaha sarang burung walet tempatan dan kilang pemprosesannya sudah menggunakan Sistem Kesan dan Jejak Dalam Talian Sarang Burung Walet yang menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).



Jumlah itu adalah enam peratus daripada keseluruhan 980 pengusaha tempatan yang sedang memajukan produk berdaya maju tinggi yang mempunyai potensi pasaran besar khususnya dari China itu.

Sistem Kesan dan Jejak Dalam Talian Sarang Burung Walet itu dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Veterinar, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) isi kandungan dan infrastruktur komunikasi (CCI) itu dilancarkan pada 12 Ogos tahun lalu.

Buat masa ini, Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang memperoleh hak untuk mengeksport secara terus ke China, yang juga pasaran sarang burung walet terbesar di dunia.

Sijil RFID dari SKMM diperlukan untuk membolehkan sarang burung walet yang bermasalah dikesan menggunakan gelombang frekuensi radio untuk menentukan lokasi rumah sarang burung berkenaan.


Ia adalah satu daripada tiga syarat yang dikenakan kepada syarikat tempatan yang mengeksport sarang burung walet ke China.
Dua syarat lain ialah sijil penanda kesihatan veterinar daripada Jabatan Veterinar dan dan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan.

Usaha juga sedang dilaksanakan untuk membolehkan 300 rumah sarang burung walet dan kilang pemprosesan berdaftar menggunakan sistem itu tahun ini.

Selain itu, pihak berkuasa berkaitan juga sedang berunding dengan China mengenai paras nitrit dalam sarang burung walet yang boleh diterima.

Buat masa ini, China mengenakan sekatan ke atas sarang burung walet memandangkan paras tinggi nitrit yang disebabkan oleh stok berlebihan sarang terbabit dalam pasaran.

Sebaik sekatan itu dihapuskan, eksport sarang burung walet Malaysia yang dilakukan menerusi Sistem Jejak dan Kesan Sarang Burung Walet akan mempunyai tahap keselamatan tambahan yang memastikan keasliannya datang dari negara ini.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata syarikat tempatan yang menggunakan jenama 1Malaysia Best akan mengenal pasti sebuah syarikat di China sebagai rakan perniagaan bagi memudahkan eksport sarang burung walet dari Malaysia dipantau.

“Syarikat di China itu pula mesti melakukan promosi bahawa hanya produk sarang burung walet jenama 1Malaysia Best saja yang dijamin kualitinya dan selamat untuk dimakan,” katanya baru-baru ini.

Beliau menambah, antara lain, tindakan berkenaan akan memulihkan kembali industri itu yang mengalami masalah pemasaran ke luar negara akibat dakwaan produk itu mempunyai kandungan nitrit yang boleh membahayakan kesihatan.

“Pada 2011, kerajaan China telah melaksanakan penguatkuasaan kandungan nitrit sifar yang mengakibatkan kejatuhan mendadak harga sarang burung walet sehingga ke paras 50 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai polisi kerajaan China tersebut, beliau berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan kedua-dua negara sedang berbincang bagi mencapai kata sepakat mengenai kandungan nitrit yang dibenarkan.

Industri sarang burung walet Malaysia yang pesat berkembang kini dianggarkan sudah menguasai 20 peratus pasaran global.


Begitupun, peserta sektor itu kini terpaksa bersaing dengan sejumlah besar sumber sarang burung yang palsu dari negara jiran, manakala sesetengahnya diseludup ke negara ini untuk dieksport semula ke China.


3 Syarat Guna Logo 1Malaysia Best


MUAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan tiga syarat ketat kepada pengusaha hasil burung walet yang ingin menggunakan jenama 1Malaysia Best pada produk masing-masing sebelum memasuki pasaran eksport termasuk ke China.


Syarat itu merangkumi Sijil Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sijil Kesihatan Veterinar daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta Sijil Kesihatan Makanan daripada Kementerian Kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata langkah terbaru itu bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan menepati piawaian ditetapkan terutama bagi tujuan eksport.


“Langkah itu diambil selepas China menarik balik larangan import sarang burung walet dari Malaysia susulan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara itu awal bulan ini.

“Di China, syarikat Malaysia juga mesti memiliki rakan perniagaan di sana bagi memudahkan eksport sarang burung walet dari Malaysia dipantau,” katanya ketika berucap sempena majlis pemimpin peladang Johor bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, di sini, semalam.

Noh berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap projek pertanian berimpak tinggi seperti burung walet, ikan hiasan serta rumpai laut kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada petani yang mengusahakannya.


Bagaimanapun, katanya, apabila ia tidak dikawal pelbagai perkara boleh berlaku yang boleh mengakibatkan kerugian selepas mengeluarkan modal yang banyak untuk memulakannya.
“Sarang burung walet itu sesuai untuk konsep pertanian 3T (tanam, tinggal dan tuai) tetapi ia perlu dikawal, arowana juga sudah ada sedikit masalah ketika ini kerana semua orang nak buat.


“Bagi burung walet, kita sudah selesaikan syarat kandungan nitrat dalam produk itu iaitu tidak melebihi paras 30 bahagian per juta (ppm) seperti diminta pihak berkuasa China dan saya sudah pergi jumpa pihak di sana bersama Menteri Kesihatan dan ia sudah diselesaikan.



“Kita juga sudah buat draf protokol iaitu Prosedur Standard Operasi (SOP) yang akan kita tandatangani sebelum sarang burung walet itu boleh dieksport,” katanya.

Harga Sarang Burung Walit Jatuh ???


Apabila zaman  berubah dunia pun berubah, struktur ekonomi juga akan berubah. Sarang burung walit bukan lagi  makanan golongan bangsawan sahaja tetapi turut menjadi makanan rakyat biasa dan orang-orang yang berkemampuan. Melalui perbincangan pemilik ruangan jahaniwalit


Perbincangan beliau dengan Pak Handoko seorang pembudidaya walet dan pengeksport dari Jakarta. Dahulu ketika tahun 1991 harga 2 KG sarang burung di Hong Kong adalah menyamai nilai 1 KG emas. Permintaan untuk sarang walit tetap tidak jatuh.

Pemakan sarang burung yang utama adalah masyarakat Cina yang bertaburan diseluruh pelusuk dunia yang berjumlah kira-kira 1.5 billion. Oleh itu permintaan datang dari negara China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, USA dan juga negara Eropah. Negara-negara lain yang terdapat masyarakat cina atau wujudnya China Town turut mewujudkan permintaan untuk sarang burung ini.

Negara pengeluar sarang burung terdiri negara yang berada didalam jajaran kepulauan Andaman hingga ke Filifina. Malaysia dan Indonesia adalah negara pengeluar utama.

Perlu diingat bahawa sarang burung walit  bukan hanya sekadar bahan ubatan tetapi sebagai makanan tambahan. Masyarakat cina percaya bahawa sarang burung mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi pemangkin kepada pertumbujan sel dan kulit.

Negara pengeluar utama sarang burung adalah Malaysia dan Indonesia belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Pengeluaran Malaysia dan Indonesia hanyalah hanya mampu  20%-30% permintaan dalam pasaran dunia. 70% – 80% lagi keperluan pengguna belum mampu dipenuhi oleh pengeluar yang ada pada masa. Oleh yang demikian potensi pasarannya sangat besar.


Pertumbuhan ekonomi yang pesat meningkatkan lagi permintaan pasaran sarang burung . Permintaan Akan terus meningkat.Orang Eropah dan Arab telah mula makan sarang burung. Janganlah risau tentang pasaran kerana ia akan tetap terjamin. Jika harga sarang burung mentah dalam pasaran sentiasa stabil 
RM4000 – RM5000 /KG di Malaysia.

Pengusaha tidak akan rugi dalam industri ini kerana pengeluar tidak memerlukan overhead kos untuk mengeluarkan sarang burung. Kerana ia adalah industri yang pelaburan modal hanya sekali dan hampir tiada overhead kos dan ianya boleh diwarisi hinga ke anak cucu.


Wednesday, August 28, 2013

Cerekarama TV3 (Pak Deris Jambul)



Cerekarama TV3
(Pak Deris Jambul)

Pembikinan slot drama ini dijalankan sekitar Negeri Perlis

Tayangan pada

16 SEPTEMBER 2013
(HARI MALAYSIA)

Jam

10 malam

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini ialah

Kaza
Ezad Jazmin
Eira Syazira

Dan yang paling penting ANGKASAA merupakan salah satu daripada penaja yang terlibat dalam menjayakan drama ini... ANGKASAA kini lebih setapak kehadapan dengan penglibatannya dalam bidang penyiaran... Moga ia menjadi titik-tolak kejayaan dan berharap penglibatan ini bukannya yang pertama dan terakhir, In Sha Allah


Thursday, August 22, 2013

Walit BUKAN Layang-Layang

Apa Itu Sarang Burung?

Dihasilkan oleh 2 spesis swiftlet, iaitu
i) White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
ii) Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)

Fakta-Fakta Industri Sarang Burung
Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.
Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.
Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00
Harga sarang burung mentah berada di antara
RM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.

Bagaimana Konsep Business Ini Akan Meningkat Status Sosial Ekonomi Kampung?

Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.
Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.
Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00
Harga sarang burung mentah berada di antara
RM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.

Industri Bio-Teknologi?

Sarang burung mungkin merupakan produk tempatan kedua yang mempunyai nilai-nilai perubatan.
Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk kaedah penyimpanan sarang burung yang paling sesuai.
Lebih penyelidikan bio-teknologi akan dimulakan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan sarang burung.


Nilai Perubatan Tradisional Masyarakat Cina

Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi Cina, sarang burung berada di tahap kedua selain ginseng.
Masyarakat Cina percaya, sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit. Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit.
Lee Ngan Woon (1999), Bird Nest Recipes.
Berdasarkan kitab perubatan Cina yang terpenting, Compendium of Materia Medica, terbukti sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru,buah pinggang, perut dan ginjal.


Kandungan Kimia Sarang Burung

• 9% moisture
• 20% inorganic ash
• 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
• 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
(Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo.


Kebaikan Sarang Burung Walit

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

• Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
• Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
• Pengambilan sarang burung wallet semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
• Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
• Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
• Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.

• Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah (cancer).

Sup Sarang Burung

Sup Orang Kampung
Ramuan:
Sarang burung 30 gram
Gula batu yang telah dipecahkan: 6 sudu besar
Air 2 Cawan
Langkah Penyediaan:
1. Sediakan sarang burung dengan merendamkan sarang burung di dalam air sejuk untuk beberapa jam ataupun dibiarkan semalaman.
2. Bilas dengan air. Pastikan sisa-sisa, bendasing dan bulu-bulu halus burung ditapis dan dikeluarkan.
3. Didihkan air dan reneh sarang burung untuk 5 minit.
4. Bilas dengan baik dan keringkan.
5. Masukkan sarang burung ke dalam periuk dan tambahkan 2 cawan air bersih.
6. Masak sehingga didih dan reneh sarang burung sehingga lembut.
7. Tambahkan gula batu ke dalam masakan dan kacau sebati
8. Hidangkan panas.

Sup Sarang Burung Kantonis Klasik 
(classic Cantonese cuisines)
Hidangan untuk 6 orang

Bahan-bahan:
8 oz sarang burung (birds nests)
1 st (tbsp) minyak sayur/zaitun (vegetable oil)
1 st (tbsp) akar halia, dicincang (fresh ginger root, chopped)
4 oz ayam siap dimasak, potong dadu (cooked chicken, cubed)
4 oz cendawan butang, potong dadu (button mushrooms, quartered)
8 oz telur puyuh (canned quail eggs, drained)
7 ½ cawan stok ayam (cups chicken stock)

Cara-cara:
1. Rendam sarang burung dalam air untuk 5 minit, kemudian toskan (Soak the birds nest in water for 5 minutes, then drain)
2. Panaskan minyak dalam kuali (Heat the oil in a saucepan)
3. Tambah halia dan goreng selama 1 minit (Add the ginger and fry for 1 minute, stirring constantly)
4. Masukkan ayam, cendawan, telur dan stok ayam kemudian tunggu hingga mendidih (Stir in the chicken, mushrooms, eggs and stock and bring to boil)
5. Perlahankan api, tambahkan sarang burung jika mahu rasa yang lebih kenyal, tunggu 5 minit (Reduce the heat to low and add birds nests/ Simmer for 5 minutes, stirring occasionally)
6. Siap untuk dihidang (Serve at once in bowls) 




selamat mencuba !!!!

Cara Mudah Makan Buah & Sayur

Berapa banyakkah buah-buahan dan sayur-sayuran yang saya perlukan?
Pakar mengesyorkan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari (sebaik-baiknya tiga hidangan buah-buahan berwarna kuning dan sayur-sayuran berdaun hijau, dan dua hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain) untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi anda yang sedang membesar.

Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda benar-benar tidak suka buah-buahan atau sayur-sayuran? Atau jika mabuk hamil membuat anda loya melihat pisang? Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memastikan bahawa anda dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan.

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda betul-betul suka
Jika anda tidak suka buah beri tetapi sukakan pisang, tidak tahan kubis tetapi sukakan karot, mulalah dengan memakan lebih daripada makanan kesihatan yang anda suka. Beberapa idea:
tambahkan pisang yang dihiris ke dalam bijirin sarapan anda;
tambahkan karot parut ke roti rol untuk makan tengahari anda;
makan dua jenis sayur yang berbeza untuk hidangan utama anda;
tambah salad sampingan dengan sayur-sayuran hijau yang anda suka untuk setiap hidangan.
Ambil multivitamin antenatal harian
Vitamin antenatal, yang diambil secara tetap seperti yang diarahkan, akan membantu memastikan anda mendapat nutrien tambahan yang anda perlukan jika jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda makan adalah terhad. Ia akan bertindak sebagai jaringan keselamatan. Walau bagaimanapun, adalah lebih sihat untuk mendapatkan nutrien daripada makanan, jadi jangan bergantung hanya pada pengambilan pil vitamin. Gunakan juga idea kami yang lain untuk menyertakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet anda. 

Cuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang luar biasa
Sekarang sudah terdapat pelbagai pilihan sehinggakan anda mungkin berjumpa sesuatu yang baru yang anda sangat suka. Cuba skuasy dan buah-buahan bermusim seperti:

manggis
duku langsat
buah nona
jambu air
mangga
labu
buah kiwi

Durian juga berkhasiat, tetapi ia harus dimakan secara sederhana. 



Berikan diri anda layanan istimewa dengan buah-buahan di luar musim
Ia mungkin mahal tetapi setangkai kecil anggur, sepiring strawberi atau ceri akan lebih memanfaatkan anda daripada sekeping coklat, jadi jika itu merupakan buah-buahan yang anda suka, makanlah yang itu. 
Pilih buah-buahan beku, yang dalam tin atau buah-buahan kering
Kadangkalah memakan buah limau mencomotkan atau ia susah untuk dikupas, juga memasak sayur-sayuran bukan perkara menarik. Cuba buah-buahan dalam tin yang mempunyai jus semulajadi seperti laici atau sayur-sayuran beku untuk dimakan dengan sajian utama. Aprikot separuh kering dan buah-buahan lain menjadi makanan ringan yang sihat juga. 

Cuba minum buah-buah itu
Minum lah jus buah-buahan segar dan bukan minuman bergas atau kopi dan teh. "Smoothie" yang dibuat dengansedikit susu, yogurt, ais dan buah-buahan menghasilkan minuman yang menyegarkan dan memberikan anda banyakkandungan buah-buahan harian. Sup sayur campur untuk makan tengah hari bermakna yang anda memakan beberapa sayur-sayuran berbeza tanpa disedari. Semua ini akan menambah vitamin, mineral dan serat ke dalam diet anda. 



Makan mentah
Jika anda tidak sukakan sayur-sayuran yang dimasak, anda mungkin mendapati anda sukakannya mentah. Cuba:
ulam dengan sambal belacan yang tidak begitu pedas;
karot parut dengan kismis digaulkan dengan kuah salad;
coleslaw yang dibuat dengan kubis putih mentah dan karot;
salad Waldorf dibuat dengan epal dan kacang walnut;
batang-batang sayur-sayuran mentah yang diihidangkan dengan hummus atau kuah cecah lain.
Salad Asia seperti salad mangga Thai atau salad betik, kerabu atau raita India adalah alternatif berperisa yang menyejukkan sebagai alternatif untuk dimakan dengan nasi. Rojak buah-buahan boleh juga menjadi hidangan istimewa dari semasa ke semasa. 

Ubahkan rupa
Cuba tip ini

Campurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang anda tidak suka.

Lecekkan karot yang telah masak dengan kentang.

Tuangkan sos keju ke atas sayuran campuran yang dimasak dari beku.

Cuba kari sayur-sayuran (nenas atau terung adalah sangat lazat).

Buat sos menggunakan tomato dengan pasta dan gunakan pasta yang digaulkan dengan bayam dan juga keju.

Masak sayur goreng dengan sedikit minyak dengan mencampurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang mana anda tidak suka.

Tambahkan kepingan daging nipis ke dalamnya. Jenis hidangan ini boleh menjadi hidangan satu lauk yang cepat untuk keluarga yang sibuk.

Anda juga boleh menambah sayur-sayuran untuk sup seperti tom yam, sup bebola ikan dan sup bayam, sup akar teratai atau sup berkrim seperti labu krim, cendawan, asparagus, atau tomato krim. 



Teruskan mencuba
Citarasa anda sememangnya berubah semasa anda hamil dan anda mungkin mendapati bahawa dengan sentiasa mencuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang baru, anda menambahkan kepelbagaian makanan yang anda makan secara beransur-ansur. Perubahan kecil-kecilan terhadap apa yang anda makan boleh memberi kesan yang besar.
Tukarkan minuman bergas yang bergula dengan jus buah-buahan dan smoothie buah-buahan selama seminggu.
Tambahkan lebih banyak sayur-sayuran yang anda suka pada minggu seterusnya.
Perkenalkan buah-buahan baru pada minggu berikutnya.

Dalam hanya tiga minggu, anda akan menukar gaya pemakanan anda sama sekali.