Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang
disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia
selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat
meskipun usianya kini sudah mencecah 88 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu,
barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari
pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala
Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun
begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top
bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa
konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya
sehingga tampak begitu?
5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir
1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan?
Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan
jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan
peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan
jika anda menetap di negara beriklim sejuk.
Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh
diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun
tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah
diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga
pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan
(nafsu).
2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju
arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan
cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi
phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan
kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud
aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah
jelas haram di sisi Islam.
3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”?
Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang
diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.
4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab
mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah
satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan
hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil
multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.
5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah
semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh
beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu
malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang
aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding
individu biasa).
“Pendek kata kalau
kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama
rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko
mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan
Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan
“Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).
hasil cedok : http://sususejat.com/
No comments:
Post a Comment