Sunday, July 14, 2013
Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
Kementerian Kesihatan menyasarkan 400 hingga 500 pengusaha Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) akan menyertai skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) tahun ini selepas pelancarannya, semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MeSTI adalah skim keselamatan makanan yang direka khusus untuk membantu pengusaha PKS mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan.
“Dengan adanya skim ini, lebih mudah untuk PKS mendapatkan sijil bagi menjamin dan meningkatkan mutu makanan agar lebih berdaya saing bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga di pasaran antarabangsa.
“Kementerian juga akan mempromosikan skim dan logo MeSTI sebagai jenama berwibawa bagi meyakinkan pengguna terhadap tahap kebersihan dan keselamatan produk makanan,” katanya majlis pelancaran skim itu di Kuala Lumpur.
Sejak skim itu dibangunkan Julai lalu, sebanyak 337 PKS dalam industri makanan telah memperoleh sijil halal MeSTI.
Tiong Lai menambah, skim itu juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk PKS meningkatkan sistem jaminan keselamatan makanan kepada tahap yang memenuhi piawaian antarabangsa seperti pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) atau Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).
“Kita juga telah perkenalkan Peraturan Keselamatan Makanan 2009 untuk memastikan sistem kawalan keselamatan makanan negara berada di tahap tinggi selaras perkembangan global. Peraturan ini merangkumi kawalan kebersihan premis, pemprosesan makanan dan kebolehkesanan makanan bagi memudahkan penarikan semula makanan berisiko,” katanya.
Skim MeSTI melibatkan kerjasama dengan program pensijilan agensi lain seperti skim 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Skim Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan skim Penyenaraian Persaingan KPS Untuk Perkembangan oleh SME Corporation Malaysia.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Kami dengan bangganya turut menguar-uarkan bahawa pihak syarikat Al-Tasneem Sinar Sdn Bhd turut mendapat sijil MeSTI ini. Jadi tiada alasan untuk was-was dalam menggunakan produk kami yang berada dibawah jenama ANGKASAA.
*Produk minuman buah-buahan yang akan datang dalam 3 variasi rasa iaitu, cantaloupe (tembikai susu), orange, dan strawberry akan berada dalam pasaran tidak lama sahaja lagi... TUNGGUUU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment